Monday, 31 August 2015

Kursus Urutan Jawi

Kursus belajar mengurut di HPAIC Shah Alam
 
 Bermulanya disini aku jatuh cinta pada perubatan jawi,Shah Alam destinasinya,hanya berbekalkan semangat aku perlu belajar sesuatu. berikut di bawah adalah sedikit penerangan urutan jawi

Konsep Perubatan Jawi

  1. Niat berubat semata-mata kerana Allah.
  2. Keyakinan - Yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T
  3. Kaedah rawatan hendaklah sah disisi Syari'at Islam.
  4. Menggunakan ubatan yang halal dan baik. Berdasarkan hadis "Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubatnya dan Dia menjadikan tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya. Maka berubatlah, akan tetapi janganlah kamu berubat dengan benda yang haram" Riwayat Abu Daud.
  5. Tidak membawa mudharat.
  6. Tidak berbau tahyul, khurafat dan bida'ah.
  7. Prinsip mencari yang lebih baik.
  8. Mengambil sebab atas jalan ikhtiar dan tawakkal.
  9. Natijah dari perubatan tersebut menjadikan pesakit sihat, redha dan syukur kepada Allah, bukan semakin leka dengan maksiat.

No comments:

Post a Comment